Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 25, 2020 @ 11:03am

Tiga Faktor Ini Didakwa Penyebab Jangkitan Covid-19 – KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dakwaan saintis mengenai kadar kelembapan udara rendah, tandas awam dan habuk atau partikel halus bawaan udara boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 masih di peringkat kajian.

Teliti beberapa faktor

Tambahnya lagi, perkara tersebut memerlukan bukti sebelum membuat rumusan mengenai faktor penyebab kepada jangkitan wabak tersebut.

” Kita memerlukan bukti kukuh sebelum membuat rumusan mengenai tiga faktor itu turut boleh menyumbang kepada Covid-19 kerana ia masih di peringkat kajian,” Katanya.

Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun mengulas laporan yang dikeluarkan oleh Forbes iaitu, kajian dibuat saintis terbabit mengambil kira tiga faktor berbeza dalam penyelidikan mereka seperti yang telah dinyatakan.

Selai itu, satu kajian dilakukan di kawasan Greater Sydney, Australia menunjukkan wujud pertalian antara kadar kelembapan udara dan transmisi Covid-19 dalam kalangan komuniti setempat.

Terdapat bukti faktor penyebab wabak Covid-19

Ketua Penyelidiknya, Dr Michael Ward menyatakan terdapat bukti menunjukkan kelembapan rendah menjadi faktor penyebaran Covid-19.

Saintis tersebut juga menganggarkan bagi setiap satu peratus penurunan kelembapan udara, kes jangkitan Covid-19 akan meningkat sebanyak tujuh hingga lapan peratus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Nov 2022
Featured Fri, 6 Dec 2024

Kurang Sel Darah Merah, Adira Dikejarkan Ke Hospital

Hasil pemeriksaan Adira didapati mengalami kekurangan sel darah merah.

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Semoga Awak Dikelilingi Orang Yang Baik”- Nedim Nazri Titip Ucapan Hari Jadi Buat Nora Danish

Bekas suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa sempena sambutan hari lahir aktres itu baru-baru ini.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Alhamdulillah dah stabil, semoga cepat sembuh seperti sedia kala ❤️

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
error: Content is protected !!