Categories: Trending

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan dan memudahkan operasi perniagaan serta peluang untuk berkembang, pelbagai agensi kerajaan akan terus memberikan kemudahan dari segi pinjaman mudah dan geran termasuk menerusi Belanjawan 2021. 

Menteri Kewangan, YB Senator Dato Seri Tengku Zafrul berkata, kira-kira 1.4 juta PKS dan PKS mikro sudah memanfaatkan bantuan langsung berjumlah lebih RM24 bilion di bawah pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan.

Malah, katanya, ada antara usahawan terbabit yang menerima lebih daripada satu manfaat atau bantuan kerajaan, bergantung kepada kelayakan.

“Antara manfaat dan bantuan termasuk Dana Pinjaman Mudah PKS di bawah kendalian BNM berjumlah RM11.13 bilion untuk 23,700 PKS; Program Subsidi Upah berjumlah RM9.89 bilion yang membantu hampir 300,000 PKS serta PKS Mikro dan 1.85 juta pekerja tidak termasuk syarikat pertengahan atau besar.

“Selain itu, Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 berjumlah RM2.55 bilion dimanfaatkan 850,000 PKS mikro setakat ini.

Tambah beliau lagi, Bank Negara Malaysia (BNM), Tekun Nasional, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), SME Bank, EXIM Bank, Agrobank, SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) antaranya akan terus membantu PKS tempatan.


Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”