Categories: Trending

Bantuan RM34.6 Billion Untuk Golongan B40, M40 Yang Terjejas

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan sudah menyalurkan RM34.6 bilion dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan M40.

Insentif dan bantuan ini adalah untuk meringankan beban sara hidup rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Malah, pemberian dan pengagihan subsidi secara bersasar ialah antara matlamat kerajaan untuk membantu golongan ini.

” Perbelanjaan sebenar pemberian kerajaan hingga suku ketiga 2020 berjumlah RM34.6 bilion iaitu RM18.2 bilion dibiayai menerusi peruntukan Belanjawan 2020. RM16.4 bilion dibiayai mengikut Kumpulan Wang Covid-19 yang merangkumi pelbagai sektor.”

Antara sektor yang terlibat ialah, pertanian, sektor kepenggunaan, sektor pengangkutan, sektor keselamatan, sektor komuniti dan keagamaan, kesihatan dan pendidikan termasuklah, bantuan sara hidup serta kebajikan masyarakat, bantuan faedah pinjaman dan pemberian elaun.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin