Categories: Trending

Kuala Selangor, Sabak Bernam Dan Hulu Selangor Dibenarkan Tunai Solat Di Masjid, Surau Bermula Jumaat

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan ketetapan baharu JAIS mengenai solat dan kegiatan di 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat, dan 453 surau itu, membabitkan tiga daerah berkenaan sahaja.

Dan tiga daerah ini sudah boleh menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah serta kegiatan agama di masjid dan surau di daerah itu bermula pada 11 Disember 2020.

Bagaimanapun, kebenaran itu tidak termasuk kawasan terbabit dengan Kluster Melawati di Kuala Selangor.

Dengan syarat…

Namun, pelaksanaan ini turut mengambil kira aspek kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.

Bagi program pengimarahan seperti kuliah Maghrib, Subuh, dhuha dan bacaan Yassin turut dibenarkan dengan syarat penceramah dijemput adalah dari zon hijau sahaja.

Malah, kebenaran terbabit hanya untuk jemaah warganegara sahaja.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin