Trending By: SGMS Enal November 15, 2019 @ 1:17pm

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa daerah di Tharparkar Sindh, empat wanita dan tiga kanak-kanak antara yang maut.

Dua lagi terbunuh di daerah Jacobabad di Sindh sementara seorang lelaki maut di daerah Ghotki.

Mangsa yang cedera dihantar ke beberapa buah hospital majoritinya mengalami lecur yang teruk.

Puluhan haiwan juga mati dalam kejadian ribut petir diikuti dengan hujan lebat itu.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) dalam satu kenyataan pada Khamis petang berkata hujan dan ribut petir melanda kawasan rendah dan dijangka berlarutan sehingga Sabtu.

Sumber: Bernama & gambar Courier Journal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Dec 2019
Trending Tue, 25 Jan 2022

4 Bintang Baharu Bergandingan Dalam Drama Romantik Komedi Life Lila!

Kepulangan Lila ke kampung menimbulkan banyak persoalan kerana orang kampung sudah tidak mendengar khabarnya selama lima tahun. Lila yang terkenal dengan kecerdasannya sering menjadi tumpuan orang kampung. Bersediakah selebriti media sosial ini berterus-terang hal sebenarnya

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Featured Sun, 26 Mar 2023
Trending Wed, 20 May 2020

JAIS Keluar Larangan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Aidilfitri

Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Sat, 9 Jun 2018

Epik! Lelaki Ini Bakal Berenang Dari Jepun ke Amerika Syarikat

Lecoeomte akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

Trending Tue, 19 Feb 2019

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac

Sekarang tak perlu risau , nak main baru bayar masuk pun percuma tak macam dulu

Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

| Live TV