Trending By: SGMS Faida August 13, 2018 @ 9:06pm

Jaga-Jaga! Cuaca Panas Sehingga September Depan

Sediakan air mineral, payung, sunblock, tuala dan peralatan yang boleh lindungi kulit anda daripada cuaca panas!

Ini kerana menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos sehingga pertengahan September ini.

Menurut laporan tersebut, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang Ogos, kebanyakan tempat di Semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm kecuali di beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.

“Namun hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang boleh berlaku di kawasan perairan pantai barat Semenanjung Malaysia pada awal pagi berikutan pembentukan garis badai yang dikenali sebagai ‘Sumatras’,” menurut laporan itu.

Pada September, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras normal antara 150mm dan 250mm. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Featured Wed, 13 Mar 2024
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Amboi sedap mulut je cakap Tya tak pandai buat kerja dapur 😂 Steak Tya masak favourite Tokti okay 😏

Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye