Events By: Atiqah Johari October 8, 2022 @ 5:32pm

Tawar Koleksi Rekaan Khas Mampu Milik, Al-Ikhsan Rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC Pertama Di Malaysia!

Baru-baru ini, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. telah berjaya merasmikan kedai merchandise premium Liverpool FC (LFC Brand Store) yang pertama di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, En. Vach Pillutla, mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan memandangkan Al-Ikhsan Sports merupakan peneraju barangan suka terunggul di Malaysia.

“Sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia yang kompetitif, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Kami menjangkakan LFC Brand Store ini bakal menjadi hub utama untuk semua penyokong kelab tersebut di mana mereka boleh mendapatkan kesemua koleksi premium LFC di sini. Sunway Pyramid dipilih sebagai koleksi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Kelang,” katanya.

Bukan itu sahaja, selain daripada barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai ‘Brand License’ LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut. Antaranya ialah jersi, baju polo T, jaket, baju T, payung, beg silang, replika bola sepak serta pelbagai barang yang menarik akan dijual pada julat harga serendah RM9.90 sehingga RM1,3999 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab itu.

Malah, pembukaan LFC Brand Store ini juga mendapat sokongan yang positif dan dialu-alukan oleh tiga kelab penyokong utama iaitu KL Kopites, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds.

 

Ketika hari perasmian, dilihat pemain legenda kelab popular, Sami Hyppia turut hadir. Terdahulu, Sami teleh berkunjung ke Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya untuk berkongsi pengalaman beliau serta ilmu sukan bola sepak bersama para pelajar.

Kunjungan Sami ke Malaysia turut dipenuhi dengan sesi beramah mesra bersama penyokong LFC pada 1 Oktober 2022 bertempat di Pintu Utama Sunway Pyramid, 10 pagi.

Lagi, rakan selebriti yang dilihat turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Pembukaan Rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC ialah pelawak Along Cham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Trending Tue, 23 Aug 2022

“Saya Tahu Diri Saya” – Ali Reza Nafi Jadi Punca Perceraian Pelakon?

Pelakon meningkat naik, Ali Reza tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan perceraian rumah tangga seorang pelakon. Ali Reza atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia dengan pelakon […]

LIFESTYLE Thu, 5 Dec 2019

Perut Boroi Mungkin Boleh Menyebabkan Otak Jadi Kecil

Betul ke tidak ini cumalah kajian.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.