Trending By: Khairil Khusyairi August 23, 2022 @ 1:52pm

“Saya Tahu Diri Saya” – Ali Reza Nafi Jadi Punca Perceraian Pelakon?

Pelakon meningkat naik, Ali Reza tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan perceraian rumah tangga seorang pelakon.

Ali Reza atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia dengan pelakon itu tidak menjalin sebarang hubungan selain rakan sekerja.

“Saya tahu orang kaitkan nama saya, tapi seperti yang saya cakap tak ada apa-apa berlaku. Saya tak pasti kenapa orang bangkitkan semula perkara ini ia dah lama. Tak ada isu pun.

“Saya ada dengar gosip itu, tapi dah lama. Rasanya dalam dua tahun lepas. Kita bekerja dan tak ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja. kata Ali.

Pelakon ‘Do You Love Me Captain’ itu mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut namun mengambil pendirian tidak ambil pusing mengenainya.

“Bila dengar gosip itu saya rasa terkejut. Tetapi, saya tahu diri saya dan tak perlu risau sebab saya tak buat apa-apa pun.

“Perkara seperti gosip dan kontroversi ini sentiasa akan ada. Ia mengenai bagaimana kita mengatasi situasi itu. Kalau tahu ia salah maka kena buat perkara yang betul. Macam saya cakap, tak ada apa yang berlaku dan saya tak risau,” ujarnya.

Jejaka berusia 25 tahun itu juga tidak pasti sama ada isu dibangkitkan itu sengaja mahu menjejaskan nama dan kariernya.

“Saya tak pasti mengenai isu sabotaj. Saya pun sekarang ini tengah bekerja jadi tak terlalu fokus sangat dengan isu lama yang saya pernah terbabit. Tak ada apa antara kami dan itu atas urusan kerja saja. Jadi, pada masa hadapan saya akan lebih berhati-hati.

“Bila saya terlalu fikir banyak sangat mengenai perkara itu, saya akan kusut dan tak boleh fokus dengan kerja. Pada saya, saya rasa tak buat perkara yang salah dan tak ada sebab untuk rasa risau. Saya hanya perlu terus bekerja. Itu saja,” katanya kepada Harian Metro.

Disoal mengenai jodoh, pelakon yang mula aktif pada 2016 itu tidak menolak jika berjodoh dengan wanita berusia atau berstatus janda.

“Jodoh itu di tangan Tuhan. Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah tua atau muda. Saya dah kenal ramai orang dan berkawan dengan semua orang, jadi siapa tahu. Sekarang ini saya sentiasa ‘single’. Sekarang ini tidak ada siapa-siapa.

“Berkenaan status dan umur jodoh macam saya katakan tadi, jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak boleh nak cakap. Asalkan bukan lelaki,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Trending Sat, 11 Sep 2021

Dana Perniagaan Berjumlah RM200,000 Menanti Pendengar Bertuah Buletin FM

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Buletin FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Usahawan Buletin FM. Buletin FM tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan […]

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Sun, 25 Jun 2023