Featured By: Salma Syahbuddin December 23, 2023 @ 11:23am

Tahniah! Syafie Naswip Akhirnya Tamat Zaman Bujang Dengan Hanya Sekali Lafaz

Pelakon berbakat Syafie Naswip akhirnya selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya yang juga seorang model, Nur Afiqah Ishak dengan hanya sekali lafaz pada Sabtu.

Syafie Naswip atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip, 31, disatukan tepat jam 11 pagi di Wilqadry Grandeur Hall, Putrajaya dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Pasangan sama cantik, sama padan itu tampil dengan rona baju sedondon berwarna putih pada acara berkenaan.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagramnya sebentar tadi, aktor itu kelihatan tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja membacakan lafaz taklik.

Berkongsi lanjut mengenai perkenalan pasangan ini, adik lelakinya yang dikenali sebagai Pawi memaklumkan, perkahwinan ini telahpun dirancang pada tahun lalu, namun kedua-dua pasangan tersebut mengambil keputusan untuk memilih tarikh 23 Disember 2023 sebagai  tarikh berlangsungnya majlis.

Malah, dia juga mendedahkan bahawa abangnya itu mula berkenalan dengan suri hati pilihannya ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama pada  tahun 2021.

“Okay ni nak bagitahu ni eksklusif di live, sebenarnya mereka (Syafie dan isteri) dah plan dari last year lagi. Cuma, mereka decide yang betul-betul decide nak adakan majlis adalah pada tarikh hari ini.

“Kalau nak tahu detik perkenalan mereka ni sebenarnay macam ni, abang saya dan Atikah mula berkenalan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi iaitu ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama tak silap saya drama di TV2 berjudul Cempaka Melati.

“Disitulah mereka saling berkenalan, shooting dan akhirnya bercinta. Jadi kalau kau anda semua nak tengok Syafie dan Afiqah, kau oran kena tengok drama tu,” katanya.

Sebelum ini, pelakon itu mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian tersebut, Muhammad Syafie Naswip, 31, memohon maaf kepada semua pengikutnya di media sosial sama ada yang dikenali mahupun tidak.

Menurutnya, dia akan memaklumkan ‘sesuatu’ pada hari ini tepat jam 10 pagi.

Manakala, menerusi hantaran di Instastory pula,  Syafie juga kelihatan memuat naik foto masjid beserta kapsyen ‘Jumaat Terakhir’ seakan-akan memberi ‘hint’  bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang.

“Assalamualaikum semua. Dikesempatan ini, Saya Syafie Naswip memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan di media sosial saya yang mengenali saya mahupun tidak.

“Saya akan memaklumkan sesuatu pada esok pagi di LIVE Instagram saya sendiri pada jam 10 pagi.

“Sudikanlah kalian semua untuk melihat pengumuman saya esok pagi. Selamat malam semua,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Apr 2019

#JusticeForAudrey: Teenage Girl Brutally Bullied and Hospitalised by Other Teen Girls

They’re only teenagers and they had the audacity to hurt someone else like this!

Trending Wed, 27 Jun 2018

Rozita Che Wan Gesa Orang Ramai Untuk Gunakan Media Sosial Dengan Bijak

“Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita.”

Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mad August《Fighter》演唱会!830摇滚引爆

大马摇滚乐团Mad August今年迎来出道8周年,即将在来临的8月30日首办主题为《Fighter》售票演唱会!

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Featured Fri, 28 Apr 2023

Mael XPDC Meninggal Dunia Di Usia 55 Tahun

Inalillahi wainailaihi rajiun.. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah tenang di alam baqa