Categories: Trending

40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Selepas Terima 2 Dos Suntikan Vaksin – Dr Noor Hisham Abdullah

Menerusi hantaran dilaman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu,  seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Ini termasuklah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin tersebut. Manakala, sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin namun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom yang teruk.

Virus masih wujud dalam komuniti

Justeru itu, beliau berkata tiada jaminan mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin boleh terlepas dari dijangkiti Covid-19 sekali lagi.

“Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti” tulisnya.

Dr Noor Hisham turut menegaskan bahawa semua individu dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan Covid-19.

Salma Syahbuddin