Categories: Trending

5 bagasi termahal di dunia. Satu daripadanya boleh beli rumah berkembar 2 tingkat!

Apabila hendak melancong terutamanya ke luar negara, perkara pertama yang mungkin terlintas di minda ialah bagasi bagaimanakah yang perlu digunakan untuk membolehkan semua barang keperluan dibawa bersama. Melainkan jika ingin melancong gaya backpackers maka tidak perlulah memikirkan mengenai bagasi.

Tujuan bagasi ini tentulah untuk mengisi barangan seperti pakaian, barangan penjagaan diri, pewangi dan sesetengahnya menyimpan makanan, kasut serta segala macam lagi. Kalau boleh bawa rumah, agaknya mahu disumbat sekali ke dalam bagasi.

Bagi individu yang mementingkan jenama terutamanya golongan kaya raya, bagasi yang dipakai mereka biasanya dari jenama pereka fesyen elit seperti Louis Vuitton, Tumi, Rimowa dan Samsonite.

Harganya kalau tidak mencecah ribuan ringgit, memang tidak sah!

Tapi tahukah anda kewujudan bagasi yang harganya  boleh membeli sebuah rumah berkembar dua tingkat sekitar Putra Heights? Kalau ingin tahu apakah jenama bagasi itu, teruskan membaca artikel ini.

1. Globe-Trotter – RM 8,117

Globe-Trotter Centenary Trolley Case, jenama ini mula diperkenalkan sejak tahun 1897 adalah produk yang dibuat khusus untuk ulang tahun syarikat berkenaan yang ke-100.

Apa yang menjadikan harga bagasi ini mahal ialah kerana ia dibuat daripada kulit asli dan dilengkapkan dengan dua roda untuk memudahkan pengguna menarik bagasi berkenaan.

2. Louis Vuitton- RM 13,779

 

Jenama bagasi kedua termahal ini sebenarnya lebih sinonim dengan jenama fesyen yang sangat eksklusif dengan pelbagai rekaan membabitkan beg tangan untuk wanita serta dianggap mewah. Namun begitu, jenama ini juga mempelbagaikan produk seperti mengeluarkan beg kembara yang memudahkan perjalanan dengan menggunakan nama Horizon 70

Untuk memberi nilai tambah kepada kualiti produk yang dihasilkan selain memastikan rekabentuknya unggul, produk ini ditampilkan dengan perincian mewah dan unggul kerana LV begitu sinonim dengan rekabentuknya yang tersendiri. Sekiranya diberi peluang, mahukah anda memiliki atau membeli beg sebegini?

3. Swaine Adeney- RM 19, 732

Bagasi ketiga termahal, disandang oleh jenama Swaine Adeney. Syarikat yang mengeluarkan jenama ini memulakan operasinya pada tahun 1750 dengan menampilkan satu produk paling mewah menggunakan nama  The Chesterford.

Keistimewaan produk ini ialah ia mempunyai ruang yang luas sekali gus membolehkan pemiliknya mengisi seberapa banyak barang atau keperluan yang ingin dibawa kala bercuti. Kelebihan lain ditampilkan pada bagasi ini ialah sentuhan klasik dan elegan yang melatari perekaannya dan tidak mustahil banyak mata akan mencuri pandang akan bagasi ini di lapangan terbang.

Foto: Swaine Adeney

4. HENK TravelFriend – RM 124, 890

Henk adalah antara pengeluar bagasi yang terkenal dengan produk kalis peluru, termasuk jenis TravelFriend yang paling mahal dikeluarkan syarikat berkenaan.

Selain bersifat kalis peluru, beg ini juga dihasilkan dengan ciri keselamatan yang istimewa sehingga pencuri bagasi perlu berfikir banyak kali sekiranya ingin mencuri beg ini.

5. Tecknomonster Vitus Trunk Set – RM 523, 289

Menduduki carta pertama sebagai bagasi pakaian termahal di dunia ialah Tecknomonster Vitus Trunk Set dengan harga sekitar RM523, 289 seunit. Tecknomonster adalah jenama yang mempunyai hubungan dengan jenama automotif Lamborghini.

Kelebihan Vitus Trunk Set yang satu-satunya tidak dimiliki oleh jenama lain ialah diperbuat daripada material karbon dan kulit buaya di lapisan dalam dan luar selain saiznya yang besar dan boleh memuatkan pelbagai barangan.

 

Foto: Geekologi

Sanggup atau tidak membeli bagasi yang harganya melayakkan anda membeli sebuah kediaman teres dua tingkat secara tunai ?

Yanie Baharom