Bella Hanya Ingin Bahagia…

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya. 

Mungkin Bella sedang memikirkan masa depannya apabila melontarkan satu soalan ringkas mengenai kebahagiaan. 

“Aku tertanya-tanya, adakah aku akan merasakan kebahagiaan?” tulis Bella. 

 Ciapan Bella dibalas oleh para pengguna Twitter dengan kata-kata yang positif dan berkata sudah tentu kebahagiaan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. 

Namun ada juga ciapan-ciapan yang menasihatkan Bella supaya ‘move on’ dan tidak lagi meneruskan apa-apa perhubungan dengan bekas suaminya, Aliff Aziz. 

 

Baru-baru ini, tular gambar mesra antara Bella dan Aliff, apabila masing-masing memaparkan kemesraan di dalam Instastory mereka, dan ada ura-ura mengatakan bahawa mereka bakal merujuk semula perkahwinan yang terlerai pada Mei 2019. 

Baca: Bella Astillah ‘Cair’, Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami?

Walau bagaimanapun, sehari selepas ciapan ini, Aliff sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang mengamuk di luar sebuah restoran di Singapura sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak seolah-olah ingin menunjukkan kemaluannya kepada orang ramai, tular di alam maya. 

Terdahulu, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang lahir pada 8 Julai 2017. 

Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan setelah Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang dengan beberapa wanita. 

Kredit Foto: Instagram @bellaastillah

Del14