Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 13, 2023 @ 8:24pm

6 Bulan Tiada Tawaran Lakonan, Noorkhiriah Kesal Diberi ‘Harapan Palsu’

Aktres prolifik, Noorkhiriah, 45, mendedahkan dia tidak menerima tawaran lakonan selama enam bulan.

Menurut pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie ini, sepanjang setengah tahun melalui fasa terbabit, beberapa produksi yang menghubungi bertanyakan jadual namun selepas itu ada yang senyap tanpa khabar berita.

“Sebenarnya, tahun 2023 agak mencabar untuk saya dan rakan-rakan lain. Sedar tak sedar, hampir enam bulan saya tiada tawaran lakonan. Memang ada beberapa produksi yang bertanya mengenai jadual seni, tapi tiba-tiba tak jadi pula nak tawarkan saya berlakon.

“Sebelum saya ulas lebih lanjut, saya minta maaf terlebih dahulu. Ada yang memberitahu nama saya tidak terpilih selepas dicadangkan, tetapi saya kesal apabila ada produksi yang terus sepi tanpa sebarang khabar dan membiarkan ia tergantung selepas memberi harapan.

“Saya tak mahu mengeluh tetapi ini kerjaya seni yang menjadi darah daging saya. Memang saya minat berlakon. Tapi apabila saya renung semula sudut positif, saya anggap setiap yang berlaku ini pasti ada hikmah. Mungkin Tuhan nak saya luangkan masa bersama anak-anak dan suami,” katanya.

Kembali rancak menerima rezeki dan tawaran, Noorkhiriah bakal membintangi filem Gadis Felai yang melibatkan usahasama Malaysia dan Indonesia terbitan Teguh Setanding Sdn Bhd, PT Sinemart dan Sheunik Sdn Bhd.

“Syukur kepada Allah, selepas melalui fasa sukar selama enam bulan, saya diberi tawaran untuk menjayakan filem Gadis Felai. Sangat mudah bekerja dengan penerbit, mereka ‘lock’ tawaran ini dan terus memberikan deposit bayaran sebagai tanda jadi.

“Biarpun wataknya tidak besar, tetapi saya suka karakter yang diberikan. Saya juga teruja untuk bergandingan dengan pelakon lain dari Malaysia dan Indonesia seperti Isyariana, Tsania Marwa, Renald Ramadhana, Azrel Ismail, Zaryn Min dan ramai lagi,” katanya.

Filem Gadis Felai dijangka menemui penonton di pawagam tahun depan mendapat sentuhan daripada pengarah Zamri Zakaria.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Didakwa Tunggang Palestin? Geng Sumud Tampil ‘Back Up’ – “Jangan Jadi Abu Lahab! Kita Tak Patut Bangga Bila…”

Isu ‘terpaling sumud’ dan ‘terpaling Free Palestine’ kembali hangat diperkatakan selepas sepotong video pendek yang dikongsikan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tular.

Featured Mon, 31 Oct 2022

Kembali Dengan Single Romantis, ‘Bahagia Milik Kita’ Notasi Indah Syamel

Penyanyi Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma. Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama […]

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Workaholic Tapi Anak-Anak Akan Jadi Keutamaan” – Lisa Surihani Dedah Sisi ‘Fatherly’ Yusry

Kata Lisa, Yusry tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa walaupun jadual kerjanya padat.

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Pertemuan Di Lautan Biru Ubah Segalanya, Saksikan Azure Spring Di Tonton

Azure Spring menampilkan Kim Ye-rim atau Yeri daripada kumpulan Red Velvet sebagai Anna, bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan impiannya selepas kerjayanya musnah akibat kecederaan.

error: Content is protected !!