Categories: FeaturedTrending

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Bintang terkemuka Bollywood Aishwarya Rai kini memiliki akaun rasmi Instagram menerusi nama @aishwaryaraibachchan_arb.

Difahamkan, akaun ini dibuka sempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu.

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

Sehingga kini, bekas Ratu Cantik Dunia itu telah memuat naik sebanyak 29 gambar.

Pengurusan aktres cantik itu mengesahkan bahawa ia adalah akaun rasmi, biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Instagram.

Sumber: mStar

Ad Ops