Trending By: Salma Syahbuddin April 30, 2020 @ 12:14pm

Aamir Khan Derma 1kg Tepung Kepada Rakyat Miskin, Tapi Ramai Yang Terkejut Bila…

Melihat kepada isu Covid-19, ramai rakyat di seluruh dunia begitu terkesan dengan penularan wabak ini terutamanya golongan yang berpendapatan rendah ataupun yang kurang berkemampuan.

Justeru itu, pelakon popular Bollywood, Aamir Khan mengambil tindakan luar biasa apabila mendermakan 1 kilogram tepung kepada rakyat yang betul-betul memerlukan sahaja.

Ternyata, dengan tindakannya yang dianggap sebagai unik itu hanya golongan bawahan yang betul-betul memerlukan makanan sahaja yang datang mengambil sumbangan berkenaan.

Ramai yang terkejut bila…

Tindakan memberi 1 kilogram tepung yang berisi duit sebanyak 15,000 Rupee iaitu bersamaan dengan RM863 merupakan jumlah yang sangat besar terutamanya bagi golongan bawahan di India.

Dan, rata-rata netizen memuji pendekatan yang diambil oleh pelakon ini sehingga tular di media-media antarabangsa.

Sumber : Google

Dalam perkembangan lain, Aamir kini sedang berehat daripada penggambaran filem terbarunya berjudul ‘Laal Singh Chaddha’ yang terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19.

Selain Aamir Khan, antara selebriti lain yang terlibat dalam memberi sumbangan kepada tabung Covid-19 ialah, Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Ranveer Singh dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Nov 2019
Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Trending Mon, 12 Jun 2023
Featured Tue, 14 Mar 2023