Categories: Trending

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Kes seorang pelajar yang maut terjatuh dari lantai bas dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang ke Besut, Terengganu masih menjadi perdebatan hangat.

Adakah salah pemandu yang cuai? Di mana keadilan buat Wan Mohammed Adam, 12 tahun yang menemui ajal apabila terjatuh dari bas sekolah yang sedang bergerak di Kampung Kandis, Bukit Yong, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.50 pagi itu, Wan Mohammed Adam yang juga murid Tahun Enam yang bersekolah di SK Tok Bok di Machang  maut di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Menurut Berita Harian, Nik Hasmani yang juga Ibu kepada Wan Mohammed Adam turut memohon siasatan terperinci dilakukan berikutan kejadian yang meragut nyawa anak bongsunya itu. 

“Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut sekiranya berlaku kecuaian dalam kes itu sehingga mengakibatkan kematian anak saya.”

“Siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku, apa masalah bas itu, tiada ke orang dewasa dalam bas ketika kejadian untuk pantau murid dalam bas.

“Saya difahamkan tiada guru di dalam bas ketika kejadian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka di sini, selepas jenazah selamat dikebumikan malam tadi.

Mayat kemudian dibawa untuk bedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka, Machang, 10.10 malam tadi.
Sumber: Berita Harian
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”