Tahniah! Hanez Suraya Selamat lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon dan Usahawan, Hanez Suraya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di salah sebuah pusat perubatan pada jam 9.11 pagi tadi. 

Hanez, meluahkan rasa syukurnya sambil berkongsi keadaan semasa beliau dan bayinya yang kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

” Keadaan saya dan bayi baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sekeluarga. Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram pada jam 9.11 pagi tadi” Katanya.

Hanez juga turut berkongsi insta story ucapan tahniah dari rakan terdekat sempena kelahiran bayi Kpop ini.

Sebelum ini Hanez pernah berkongsi dirinya itu terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik Kpop sejak hamil anak kedua beliau. 

Apapun, tahniah Xtra ucapkan!

Salma Syahbuddin