Categories: Trending

“Alhamdulillah, Saya Sudah Pulih Sepenuhnya” – Menteri Agama

Alhamdulillah, syukur..


Menteri Agama, Dato Dr Zulkifli Mohamad kini mengesahkan dirinya bebas daripada jangkitan COVID-19. 

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi, Dr Zulkifli menzahirkan perasaan syukur dan gembira serta turut memaklumkan bahawa beliau  telah dibenarkan keluar wad pada petang ini.

Rata-rata netizen bersyukur dengan berita gembira ini dan mendoakan semoga Dr Zulkifli terus dikurniakan kesihatan yang baik. 


Namun begitu, Dr Zulkifli akan mengikuti nasihat daripada KKM untuk terus berada di rumah sehingga ramat tempoh PKPB Di Selangor, KL dan Putrajaya. 


Terdahulu, Dr Zulkifli disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu setelah beberapa minggu pulang daripada Negeri Sabah atas urusan kerja. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”