Categories: Trending

Lanjutan Moratorium Bersasar Hingga 2021

Berikutan dengan pelaksanaan semula PKPB, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium bersasar akan diberikan buat mana mana individu dan perniagaan menerusi perbincangan dengan institusi kewangan masing-masing.

Hubungi pihak bank melalui emel

Justeru, pihak yang memerlukan lanjutan bantuan moratorium tidak terlalu ramai disarankan berbincang dengan pihak bank masing masing.

Tambahan, semua pihak masih boleh mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan untuk dapatkan apa saja bentuk bantuan.

 “Bank boleh pertimbangkan untuk kes sebegini. Kira-kira 60 peratus peminjam dibantu dengan pengurangan ansuran bulanan berdasarkan keperluan dan keadaan kewangan pemohon.

“Mereka akan diberi bantuan sehingga 2021,” katanya dalam sidang media maya bersama wakil media di Putrajaya.

Bagi pelanggan dan peminjam, mereka dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank melalui e-mel atau telefon jika mereka tidak dapat melakukan pertemuan secara bersemuka kerana sekatan pergerakan. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”