Trending By: Yanie Baharom August 8, 2018 @ 5:00pm

Amaran! Ibu Bapa Jangan Biarkan Anak Anda Terjebak Dengan Momo Challenge

Selepas demam ‘Keke Challenge’ melanda, kini muncul satu lagi cabaran baru yang popular di kalangan kanak-kanak iaitu ‘Momo Challenge’.

Namun pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran baru itu kerana menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Foto: ugetuget.com

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Foto: tribunnews.com

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.

Sumber: Astro Awani 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Wed, 13 Dec 2017

Keputusan Cemerlang PT3 Seorang Anak Tukang Cuci

Ina Najwa Ruzaidi untuk tampil cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) walaupun kehilangan bapa bukan alasan untuk tidak berjaya

Trending Tue, 17 Apr 2018

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

Featured Fri, 17 Jun 2022

“Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Kesian anak-anak tertanya siapa bakal ibu tiri mereka. Ellie mohon Azra jangan jadi pengecut & berselindung

Hiburan Wed, 26 Apr 2023