Featured By: Ad Ops August 14, 2019 @ 1:00pm

Anda pernah guna Facebook Messenger? Perbualan anda mungkin dirakam

Sejak beberapa tahun lepas, isu keselamatan data peribadi pengguna Facebook yang menyelubungi laman media sosial berkenaan semakin menjadi-jadi.

Menurut pelbagai dakwaan, data yang dimuat naik seorang pengguna di akaun Facebook miliknya telah dikongsikan kepada pihak luar tanpa izin ataupun pengetahuannya. Rasa macam privasi kita diceroboh!

Isu yang terbaharu pula melibatkan aplikasi Facebook Messenger. Anda pernah gunakan perkhidmatannya?

Menurut laporan AFP, Facebook telah mengupah beratus-ratus pekerja kontrak untuk mendengar perbualan penggunanya dan menyediakan penulisan transkripsi bagi setiap mesej yang dihantar!

Maknanya apa sahaja topik yang anda sembangkan dengan rakan, rupa-rupanya bukan private!

Facebook akui bahawa dakwaan yang mula dilaporkan oleh Bloomberg ini adalah benar. Tetapi mereka hanya melakukannya dengan izin pengguna.

Tujuannya ialah untuk menguji kebolehan teknologi artificial intelligence (kecerdasan buatan) perkhidmatan media sosial ini dalam mentafsir mesej yang ia terima.

Pengguna yang terlibat hanyalah mereka yang memberi keizinan untuk perbualan suara mereka disalin dan dijadikan transkripsi.

Praktis transkripsi ini sudahpun dihentikan lebih daripada seminggu lalu.

Foto: Mashable

Bloomberg melaporkan bahawa pekerja-pekerja kontrak ini merasa terganggu ketika mendengar audio peribadi yang tidak didedahkan pula kepada mereka siapa pemiliknya.

Menjadikan situasi ini lebih teruk ialah apabila audio itu mengandungi kandungan yang lucah dan kesat.

Bagaimanapun, pekerja kontrak ini tidak diberitahu motif mereka perlu melakukan transkripsi ini. Facebook juga tidak menjelaskan apa yang mereka buat dengan audio yang telah digunakan selepas itu.

Baru-baru ini, Facebook menjelaskan saman sebanyak US$5 bilion (RM20.9 bilion) kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat di atas alasan menyalahgunakan data peribadi pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jul 2020
Featured Fri, 21 Jan 2022
Trending Wed, 7 Mar 2018

Lawak! Koleksi Biskut Viral Bikin Pecah Perut

Biskut viral yang menggunakan hanya empat bahan asas ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja kerana bahan-bahannya yang murah tetapi bentuk biskut ini juga menjadi bahan lawak sebaik sahaja keluar daripada ketuhar

Trending Sat, 18 May 2024
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Sat, 29 Jun 2024

Syafeek Ikhwan Bangkit, Tebus Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Sabarlah Syafeek, moga segala usaha dan penat lelah berbayar dengan rezeki mencurah-curah🤲

Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Trending Mon, 2 Dec 2019
Featured Wed, 27 Sep 2023

Setahun Menyepi, Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan SUDAH

Wah, sekali keluar dengan single terus letup ek Ara 🙌