Categories: Trending

Bagai Pinang Dibelah Dua, Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Pelakon… Tahniah!

Pelakon cantik Hannah Delisha, 25, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Imam Shah hari ini.

Imam atau nama sebenarnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 32, merupakan seorang pelakon popular di Singapura.

Sebelum ini,  Imam pernah membintangi drama bersiri tempatan, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose pada 2018 dan drama bersiri Kau Yang Pertama lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah pada 2019.

Perkara itu dikongsikan oleh Hannah menerusi satu hantaran di laman instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi ruangan kapsyen, Hannah sempat berkongsi perkenalan selama lima tahun bersama Imam akhirnya menyatukan mereka hari ini di jenjang pelamin.

Malah, Imam juga sempat memuat naik gambar dilaman Instagram miliknya berkongsi momen-momen indah beliau bersama Hannah.

 

Difahamkan, majlis yang berlangsung di Singapura ini juga turut dihadiri oleh pihak kedua mempelai dan rakan terdekat sahaja.

Apapun tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik, sama padan ini!

Salma Syahbuddin