Categories: Trending

Bakal Tampil Dengan Kejutan Pada Konsert Final Vokal Mania, Aisha Retno Akui Tertekan

Merupakan peserta wanita tunggal yang berjaya melangkah ke pentas akhir Vokal Mania pada 26 Disember 2020 ini, Aisha Retno mengakui sedikit tertekan.

Bagaimanapun, Aisha tidak menolak kemampuan beliau untuk berentap pada episod final menentang rookie-rookie yang lain.

“Perasaan tu memang intense, dan tekanan tu semestinya ada kerana peserta lelaki yang lain pun bukan calang-calang orang dan, so semestinya benchmark pun sangat tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul & Tomok Tewas Dengan Rookie, Ini Senarai Penuh ‘Ranking’ Episod 1

Ketika ditanya mengenai perasaan Aisha setelah dipilih menjadi antara finalis Vokal Mania, Aisha mengakui sangat terkejut dan tidak percaya dirinya antara 4 peserta yang mara ke pentas akhir Vokal Mania.

Malah, berbaki empat hari sahaja lagi, Aisha kini dalam proses untuk mempersiapkan vokal dan stamina memandangkan beliau mahu memberikan persembahan yang terbaik pada malam kemuncak nanti.

” Alhamdulillah, for the pass few days banyak sangat perancangan yang Aisha dah buat, terima kasih kepada stylist, props, tapi untuk final nanti kalau nak tahu kenalah tunggu dan tengok Vokal Mania” katanya.

Tampil sebagai rookie yang berjaya mencuri perhatian juri apabila berjaya menewaskan idol iaitu Tomok pada konsert di minggu pertama, Aisha dilihat semakin berani apabila membawakan lagu Hurt dendangan Christina Aguilera pada konsert semi final yang lalu.

Jadi tidak hairanlah, jika gadis berusia 20 tahun ini meletakkan harapan agar kehadirannya diterima dalam industri seni tanah air. Malah, Aisha juga berharap agar konsert final Vokal Mania nanti berjalan dengan lancar.

“Harapan Aisha adalah agar peminat menerima kehadiran dalam industri seni dan berharap agar ini adalah peluang untuk Aisha mara kehadapan. Dan, harap semua orang enjoy dan have fun pada malam konsert akhir Vokal Mania nanti” Jelasnya.

Buat semua penyokong dan peminat Aisha Retno, jangan lupa undi rookie kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan jangan lupa saksikan konsert akhir Vokal Mania pada 26 Disember 2020, jam 9 malam hanya di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut. 

ARTIKEL BERKAITAN : Vokal Mania: Aisha Retno Terkejut Berjaya Tewaskan Tomok

ARTIKEL BERKAITAN : Vokal Mania: Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert & Alif Kadim Layak Ke Final

Salma Syahbuddin