Trending By: SGMS Enal December 20, 2017 @ 2:58pm

Bapa Pelajar DiTampar Tak Muncul Di Siang Media

Bapa kepada pelajar yang terbabit dalam kes pendakwaan Cikgu Azizan sepatutnya membuat sidang media semalam bagi memberi penjelasan.

Walaubagaimanapun, pengamal media yang menunggu di lokasi yang dijanjikan hampa apabila kelibat lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu tidak kunjung tiba.

Sidang media sepatutnya diadakan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan antara jam 9.30 hingga 10 pagi, semalam.


Berdasarkan maklumat tersebut, lebih daripada 20 ahli media berkumpul di lokasi yang yang dimaklumkan oleh lelaki itu sejak jam 9 pagi lagi. Namun selepas hampir 4 jam menunggu, mereka diberitahu oleh lelaki berkenaan bahawa dia sudah mengubah fikiran kerana keluarganya masih lagi tertekan dengan keadaan semasa.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Seremban semalam membebaskan Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohd Zaki Abd Rahman selepas menerima makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhamad bahawa pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terbabit.

Menurut pertuduhan tersebut, Azizan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecedaraan pada pipi kiri seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Mon, 12 Oct 2020
Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Thu, 7 Oct 2021

Nak Anak Pertama Baby Girl Ke Baby Boy? Ini Jawab Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui dia dan suami, PU Riz atau Haris Ismail, 26, tidak meletakkan sebarang sasaran jantina bayi sekiranya mereka dikurniakan dengan anak sulung selepas ini. Menurut pemilik nama sebenar Noor

Featured Mon, 8 May 2023

Keadaan Mental Semakin Merosot, Yasin Sulaiman Dirujuk Hospital Bahagia

Allahuakbar… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Yasin Sulaiman 😢😢

| Live TV

error: Content is protected !!