Categories: Trending

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Selepas sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah jawapan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko kepada soalan pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi entri sama juga, Gorbantenko memuat naik sekeping gambar bertulis dalam bahasa Russia, ‘Akhirnya masa saya untuk berehat telah tiba, kembali dalam masa seminggu’.

Salah seorang netizen bertanyakan kesahihan berita penceraian anaknya di Malaysia.

“Hello, yes, it is true (Hello, ya, ia benar),”tulisnya.

Rata-rata pengikut beliau berharap agar keadaan baik-baik sahaja untuk Oksana dan anaknya, Putera Leon.

Sebelum ini, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu namun sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak Istana Kelantan.

SGMS Enal