Categories: Trending

Bayaran Tambahan BPR Sehingga RM500 Disalur Bermula Hari Ini

Bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan akan disalurkan secara berperingkat mulai hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September nanti.

Katanya, bayaran pada September juga akan membabitkan bayaran kes lulus rayuan BPR.

“Secara keseluruhan nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.

Muhyiddin berkata, sehingga hujung tahun ini kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat bernilai RM10 bilion yang turut merangkumi BPR.

ARTIKEL BERKAITAN : Tempoh Rayuan Bantuan BPR Dibuka Mulai 15 Jun Ini Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Bagi Isi Rumah & RM100 Untuk Golongan Bujang Bermula Jun Ini!

ARTIKEL BERKAITAN : Kadar Bayaran Fasa Ketiga BPR 2021 Mengikut Kategori Dibuat Mulai…

Salma Syahbuddin