Trending By: Atiqah Johari October 5, 2023 @ 2:24pm

Beri Manfaat Kepada Pembaca & Penerbit, Google News Kini Terdapat Dalam Bahasa Melayu

Google News kini terdapat dalam bahasa Melayu sekaligus akan membawa dan menyediakan lebih banyak berita tempatan kepada pembaca natif.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah, Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe mengesahkan bahawa Google menjadikan maklumat mudah untuk diakses oleh Masyarakat di seluruh dunia dalam bahasa pilihan mereka.

“Melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita dari sumber yang berwibawa, dari laman web berita terbesar dunia sehingga ke penerbitan kecil, tempatan dan khusus.

“Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – kami membantu pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah.

“Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global,” katanya.

Kata Kate, Google News memudahkan pembaca untuk mencari berita yang mereka inginkan selain memberi manfaat kepada pembaca dan turut membantu pihak penerbitan.

“Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan – membantu mendorong trafik ke kandungan mereka, yang mana mereka boleh memaparkan iklan dan menggalakkan pembaca untuk melanggan.

“Pada 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan – tanpa sebarang caj,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Kate menjelaskan bahawa pihaknya juga akan terus melabur dalam produk, program dan pembiayaan menerusi Google News Initiative (GNI) bagi menyokong kewartawanan berkualiti serta membantu pihak penerbit dan wartawan Malaysia berkembang dalam talian.

“Kami berbangga kerana GNI akan terus menyokong kerja penting seperti kisah mengenai wartawan daripada Bernama yang menyoroti salah satu masalah terbesar kanak-kanak di Malaysia selepas menghadiri latihan kewartawanan data oleh Google News Initiative.

“Kami berharap ketersediaan Google News dalam bahasa Melayu membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada penerbit berwibawa yang pelbagai dan dari semua saiz, di Malaysia dan di luar negara, dan memberikan lebih banyak sokongan kepada wartawan dan penerbit yang bekerja keras untuk menyampaikan berita,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Trending Wed, 24 Jun 2020
Trending Wed, 12 Feb 2020
Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?

Trending Wed, 29 Apr 2020
Trending Tue, 27 Nov 2018

18张「只看一眼就知道是做什么的」超高成本创意名片

名片是用来标示个人姓名或所属组织、公司单位及联系方式的小纸片,用于商务场合往来之中,名片若是可以吸引人的目光,便更能达到让人印象深刻的目的。

Trending Wed, 20 Jun 2018

There are Turtles in Melaka and We NEED to Protect Them

We can’t let these endangered animals be exposed to anymore risks and hazards.

Featured Wed, 23 Mar 2022

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Fuh.. Rupa-rupanya Iqbal dicabar oleh DSV untuk membuktikan cintanya.. tetapi.. Klik artikel untuk baca berita penuh!