Categories: Trending

Berita Baik! Operasi Kedai Gunting Rambut Akan Bermula Pada Tarikh…

Ambil perhatian semua!

Berita baik buat penduduk di Sarawak apabila Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam telah membenarkan kedai gunting rambut dan salun rambut beroperasi bermula 9 Jun hadapan!

SOP Keluar Dalam Masa Terdekat

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam, SOP akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tambahnya, walau bagaimanapun kedai perlu meminimumkan jarak, tukang gunting harus mengutamakan kesihatan dan memakai pelitup muka serta mengelakkan batuk atau bersin.

Untuk berita dan info terkini, korang boleh lihat di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina