Categories: Trending Hari Ini

Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Bermula awal tengah malam hingga menjelang Subuh  6 Jun 2020, fenomena Gerhana bulan Penumbra akan berlaku di Malaysia.

Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan , fenomena ini dijangka bakal bermula pada pukul 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Waktu maksimum terjadinya gerhana adalah pada 3.24 pagi dan dijangka tamat sekitar 5.04 pagi.

Gerhana ini berlaku ketika fasa purnama apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.

“Namun, bulan hanya masuk di kawasan bayang-bayang bumi yang tidak gelap (penumbra). Warna permukaan bulan hanya mengalami sedikit perubahan dari warna putih bersinar ke putih suram.” jelas Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh kerana itu, kesan penumbra yang amat sedikit ini akan kurang dapat dilihat dengan mata kasar.

Mufti Wilayah Persekutuan juga menjelaskan bahawa Solat Sunat Khusuf (gerhana bulan) tidak disyariatkan untuk fenomena ini.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover