Categories: Trending

RM5.5 Juta Kerugian Dicatat Kes Tipu Pelitup Muka

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 572 kertas siasatan berkaitan penipuan penjualan pelitup muka membabitkan kerugian yang dianggarkan bernilai RM5.5 juta.

Kes penipuan babitkan urusan jual beli di Facebook

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kertas siasatan itu telahpun dibuka pada 18 Mac sehingga semalam.

Beliau berkata, kebanyakan kes penipuan ini membabitkan urusan jual beli dilakukan melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika membuat pembelian melalui platform dalam talian.

“Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran murah. Pelitup muka juga boleh diperoleh dengan mudah ketika ini termasuk di farmasi, jadi elak dari menjadi mangsa penipuan,” Katanya.

Salma Syahbuddin