Categories: Trending

Berjam-Jam Tidak Boleh Keluarkan Air Mata, Fasha Sandha Ajar Pelakon Baharu Teknik Menangis

Penulis pasti, anda semua kenal akan pelakon yang cukup berbakat iaitu Fasha Sandha. Fasha merupakan pelakon yang boleh menjiwai pelbagai watak dalam setiap lakonannya. Watak baik, jahat, mahupun watak air mata sekalipun, Fasha boleh lakukan. 

Semalam, satu video yang dimuat turun di Instagram milik Fasha apabila dia membantu pelakon baharu untuk menjiwai watak dan bagaimana cara untuk mengeluarkan air mata. Bukan mudah sebenarnya nak keluarkan air mata lagi-lagi pelakon baharu, pasti mereka kurang berpengalaman. Jom kita lihat video ini.

Rata-rata netizen memuji dengan sikap Fasha, walaupun sudah menjadi pelakon yang berpengalaman, Fasha tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelakon baharu.

Terbaiklah Fasha!

Sumber: Instagram Fasha Sandha

tex_admin