Categories: Sihat

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Untuk yang bekerja di pejabat, selalunya anda akan terperap saja di tempat anda dari pagi sampai ke petang.

Kalau boleh keluar makan tengahari, baguslah. Sedikit sebanyak dapatlah juga anda meregangkan otot serta menghirup udara segara.

Tapi kalau anda terpaksa bekerja di depan komputer memanjang, tak ke badan anda rasa lenguh ataupun kejang?

Tambahan pula, posisi duduk berpanjangan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser!

Itu sebabnya anda perlu bergerak, walaupun jika kerja anda terikat dengan komputer. Gunakan masa terluang untuk berjalan. Ke tandas pun jadilah.

Kalau anda tak sempat nak keluar dari pejabat, jangan risau! Ada beberapa teknik senaman yang anda boleh lakukan di tempat anda sendiri. Tak payah keluar ke mana-mana.

Jom belajar cara-caranya dari video ini dan praktikkan.

Teknik-teknik yang dikongsikan melibatkan senaman regangan dan pengukuhan, yang secara keseluruhannya boleh melancarkan peraliran darah serta menguatkan sendi dan otot.

Selamat mencuba!

Sumber: FitnessReloaded

Ad Ops