Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2021 @ 10:06am

“Berkepuk Duit Dia Bawa Belanja” – Aksi Pemuda Borong Makanan Peniaga Bazar Ramadan Raih Perhatian Netizen

Aksi seorang pemuda yang memborong makanan jualan peniaga di bazar Ramadan menjadi tular di laman Twitter.

Tindakan pemuda yang membeli semua makanan jualan di beberapa buah gerai dan meminta agar ia disedekahkan kepada pengunjung mendapat perhatian ramai.

Tweet seorang pengguna Twitter bernama @IsskndarAriffin yang berkongsi aksi pemuda terbabit melakukan kebaikan mendapat lebih 5,700 ulang kicau dan hampir 7,800 tanda suka.

“Biasalah kalau petang-petang sebelum tunggu waktu berbuka tu. Aku selalulah jugak scroll news feed Instagram, nak tengok posting-posting yang menarik. Tup-tup ternampak satu posting video ni dekat Instagram brader ni. Korang nak tahu apa yang dia buat?

“Kalau korang selalu pergi bazar Ramadan mesti korang perasan kan, banyak peniaga-peniaga yang barang jualan meraka banyak yang tak habis dijual, mesti dia orang sedihkan, modal dah keluar tapi untungnya tak seberapa. Tapi bila tengok posting brader ni, betul-betul menyentuh perasaan

“Dia boleh pergi dekat orang yang meniaga dekat bazar tu, dia borong semua weh barang jualan orang tu, dan siap pesan suruh sedekahkan dekat mana-mana pengunjung yang hadir dekat bazar tu. Kalau korang sebagai peniaga pon mesti korang seronok kan. Alhamdulillah itu rezeki dia orang,” tulisnya.

Netizen turut memberikan pelbagai respons selepas melihat aksi pemuda itu memborong makanan di bazar Ramadan.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, pemuda yang dimaksudkan ialah pengasas produk kosmetik ESW dan personaliti media sosial, Iddin Syah.

Menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram Iddin, dia tidak menyangka aksi yang dilakukan tular dan diperkatakan oleh netizen di laman Twitter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta […]

Featured Fri, 17 Apr 2020
Trending Wed, 25 Apr 2018

民间晚上禁忌:半夜10件不要做的事

晚上11点到凌晨1点是一天中阴气最重的时刻,在古人的神鬼传说中是鬼魂出没的时间。相信不少人都被长辈提醒这半夜10件不要做的事!比如不能照镜子,不能吹口哨等,加上听到的一些灵异故事,越发的让人觉得可怕。

Acara Tue, 31 Jan 2023
Featured Sat, 29 Mar 2025

Shiha Zikir Nafi Bermasam Muka Dengan Rakan Artis – “Siapa Tak Puas Hati Tolong Clear Depan-Depan”

Penyanyi Shiha Zikir terkejut sekaligus menafikan dirinya bermasam muka dengan rakan artis selepas menerima beberapa aduan sama.

error: Content is protected !!