Categories: Trending

“Bila Dia Sebut ‘Mak Hang’, Itu Buat Saya Triggered!”- Che Ta Beri Keterangan Isu Laporan Polis Diva AA

Bengang dengan komen kurang enak yang dilemparkan oleh selebriti kontroversi, Azwan Ali mengenai aksi melaramnya ketika mendapatkan suntikan vaksin pada Ogos lalu, Rozita Che Wan atau Che Ta, 48, mengakui ia perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Che Ta, hinaan terhadap ibu beliau adalah sesuatu yang sangat melampau dan membuatkan dirinya hilang sabar.

“Saya rasa itu yang buat saya triggered apabila dia sebut pasal ‘mak hang’..”

“Selama ni dia kutuk baju anak saya, tapi saya tak kisah. Tapi yang ni…this is too much!”

ARTIKEL BERKAITAN : “Hang Buang Tebiat Kah,Ni Pi Cucuk Bukan Berj*b*q…B**it Mak Hang La” – Che Ta Tak Sangka Diva AA Sanggup ‘Cakap Belakang’

Terbaharu, aktres ini tampil memberikan keterangan berhubung perkara berkenaan selepas Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA membuat laporan polis pada 13 Ogos lalu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah hingga merosakkan imej dan reputasinya sebagai anak seni.

“Saya sudah memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan polis. Saya memberikan keterangan seperti diminta.

“Jadi, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Bagaimanapun, Che Ta tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut mengenai kenyataan yang diberikan di Balai Polis Travers, Brickfield, Kuala Lumpur pada Selasa atas nasihat peguam.

Salma Syahbuddin