Categories: Trending

Lebih 47,000 Permohonan Moratorium Diluluskan

Lebih 47,000 permohonan moratorium dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah diluluskan sehingga Julai lalu.

Menurut Pengerusi Coop Bank Pertama (CBP), Kamari Zamari Juhari, memaklumkan secara keseluruhannya permohonan moratorium itu membabitkan Pembiayaan Persendirian-i, Pembiayaan Perumahan-i dan juga Pembiayaan Ar-Rahnu.

Malah, bagi pelanggan koperasi dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), permohonan akan dinilai berdasarkan pertimbangan bank.

“Moratorium Fasa 4 pula dilaksanakan sempena pengumuman program PEMULIH kerajaan, lebih 47,000 akaun diberi moratorium selama enam bulan dengan baki pembiayaan melebihi RM3.2 bilion,” katanya.

Tambahnya lagi, tempoh moratorium yang ditawarkan CBP kepada pelanggan adalah selama enam bulan dan tidak diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula selain rekod pembiayaan kekal seperti sediakala.

“Walaupun menyedari implikasi kewangan yang bakal ditanggung, CBP tetap menawarkan kemudahan moratorium sebagai inisiatif bantuan kepada pelanggan.

“Risiko ke atas bank akan berpunca daripada pembiayaan itu menjadi tertunggak jika peminjam gagal membayar apabila tempoh moratorium berakhir” jelasnya.

Untuk rekod, hanya 240 permohonan yang tidak diluluskan setakat ini berikutan tidak menepati syarat ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN : Tempoh Moratorium Pembaharuan Lesen Kenderaan Tidak Akan Disambung Selepas… – JPJ

ARTIKEL BERKAITAN : Bantuan Tambahan Tidak Jadi Beban, Individu Boleh Buat Aduan Moratorium Jika… – Pakar

ARTIKEL BERKAITAN : Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

ARTIKEL BERKAITAN : 3 Cara Mudah Mohon Moratorium Secara Automatik

ARTIKEL BERKAITAN : Timbul Isu Mengenai Kekeliruan Moratorium, Bank Negara Malaysia Diminta Beri Penjelasan

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin