Trending By: Fatin Nurain April 4, 2024 @ 5:05pm

Bilal Minat Baca Al-Quran & Mula Ingat Bacaan Yasin, Neelofa Syukur Anak Sudah Hafal Surah Lazim – “Semua Itu Datang Sendiri, Tak Ada Paksaan”

Selebriti terkenal Neelofa meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Muhammad Bilal suka mendekatkan diri dengan Al-Quran dan mula menghafal surah-surah lazim.

Menurut Neelofa, perkara itu datang dengan sendirinya tanpa sebarang paksaan dari pihaknya mahupun suaminya, Haris Ismail.

“Alhamdulillah, sebenarnya memang itu adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Dia memang minat dengan baca bacaan Al-Quran.

“Dia minat, tak ada paksaan, tak ada suruh atau push. Memang dari kecil sesiapa baca Al-Quran je dia akan pergi dengar dan duduk dekat-dekat. Itu adalah satu rezeki yang Allah bagi kat dia.

“Dan sebab dia ada minat tu kalau dia dengar apa-apa surah tu dia ingat. Budak kecilkan dia senang ingat Al-Quran. Dia hafal surah-surah pendek dalam Juzuk 30,” katanya.

Neelofa turut berkongsi dia dan Haris terkejut apabila Bilal membaca beberapa ayat pertama surah Yasin seorang diri.

“Dia suka baca surah Al-Asr. Yang paling saya terkejut sekali bila memang Juzuk 30 tu banyak yang dia dah hafal. Yang paling saya terkejut dengan suami tu bila baru-baru ini beberapa ayat pertama surah Yasin tu dia ingat.

“Kami macam terkejut. MashaAllah, Tabarakallah, dia memang minat. Tak ada pun macam kita suruh ke tak. Itu dia sendiri,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat. […]

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Featured Fri, 4 Nov 2022