Categories: Trending

Bilangan Jemaah Di Surau Masjid Ditambah Kepada 250 Orang – Sultan Selangor

Khabar gembira buat penduduk Selangor!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  hari ini berkenan membenarkan 250 orang berbanding 40 jemaah menghadiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) untuk solat Jumaat buat semua. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Kehadiran bertambah sehingga 150 orang di 38 masjid

Pertambahan bilangan itu adalah tidak termasuk pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid.

Manakala, bagi solat fardu berjemaah, kehadiran jemaah dinaikkan sehingga 150 orang di 38 masjid.

“Baginda juga mengizinkan semua masjid yang berada dalam Zon Hijau untuk mengadakan solat Jumaat, sementara solat fardu berjemaah hanya untuk Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Untuk masjid di zon hijau, jemaah dihadkan kepada 40 orang tidak termasuk pegawai dan AJK masjid.

“Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran berkaitan titah Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan jawatankuasa masjid berkaitan.

Sama-samalah kita mengimarahkan kembali masjid dan surau dan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W, apa yang penting jaga kebersihan dan penjarakan jarak sosial.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”