Categories: Trending

Black Hanifah Dan Isteri Panik, Bayi Dalam Kandungan Tidak Bertindak Balas Selepas Makan Durian

Lagi kisah tentang durian yang musimnya menjadi-jadi tahun ini. Perkongsian kali ini diceritakan oleh penyanyi, Black Hanifah, 32.

Baru-baru ini, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, mengunjungi gerai durian memandangkan mereka berdua memang hantu raja buah itu.

Nak dijadikan cerita, gara-gara terlebih makan durian, bayi dalam kandungan isterinya tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa. Apalagi panik lah pasangan suami isteri ini.

“Seperti biasa, saya akan memanggil nama bayi kami dalam kandungan isteri dan bila diseru dia pasti akan memberikan reaksi menerusi pergerakan.

Foto: diaridunia

“Tetapi Jumaat lalu selepas Cira makan durian, tiada tindak balas yang diterima. Apalagi risau dan paniklah kejap kita orang berdua. Hanya selepas panggilan kali ketiga, barulah bayi kami menunjukkan tindak balas.

“Jadi, kalau Cira teringin nak makan durian lagi, saya meminta dia berpada-pada. Bukan apa, bimbang perkara sama berulang,” katanya.

Mengakui teruja menantikan kelahiran cahaya mata kedua itu, namun Black belum bersedia mendedahkan jantina mahupun nama yang sudah diberikan kepada bayi mereka.

“InsyaAllah, Cira akan menjalani rutin pemeriksaan kandungan bagi menentukan jantina sebenar bayi. Memang kami sudah memilih nama, cuma eloklah ia dikongsi apabila sudah sah jantinanya,” kata Black.

Black berkahwin dengan Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Berita Harian

Yanie Baharom