Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 25, 2022 @ 8:11pm

“Bukan Buat Kerja Tuhan, Tapi…” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Ifa Raziah

Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah berkenaan isu aurat dan Tanah Suci baru-baru ini, tampil beberapa ustazah menegur tindakan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Aurat & Tanah Suci, Netizen Gelar Kenyataan Ifa Raziah Sebagai ‘Jahil’

Sejak semalam, Ustazah Asmak Husin memperbetulkan kenyataan pelakon tersebut dengan menjelaskan bertudung itu adalah wajib bagi setiap wanita dan hukumnya adalah berdosa jika meninggalkan suruhan Allah.

“Pandangan saya menutup aurat tu adalah wajib, tidak kisahlah dijemput ke Makkah ataupun tidak. 

“Tetapi jika kita meninggalkan suruhan Allah, tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah,” katanya.

Malah, kenyataan itu turut disokong oleh Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Harus faham, hukum menunaikan umrah ialah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum MENUTUP AURAT IALAH WAJIB. 

“Ramai salah faham tentang keutamaan ini menyebabkan perkara wajib dilengah-lengahkan tapi yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai yang wajib.

“Ada juga sebahagian yang merasakan tidak mengapa jika tak menutup aurat, yang penting hati mereka baik.,” jelasnya.

Hati-hati dengan apa yang diberi, takut ia musibah tersembunyi…

Selain itu, Ustazah Asma’ juga turut mengingatkan agar setiap manusia perlu berhati-hati  dengan apa yang diberi kerana bimbang ia adalah musibah yang tersembunyi.

Ini termasuklah, nikmat dan rezeki yang melimpah ruah yang diberikan Allah SWT walaupun manusia itu masih hidup dalam keadaaan fasiq.

“Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya,” tulisnya.

Justeru itu, Ustazah Asma’ berharap mana-mana pihak tidak salah faham kerana tindakan menegur kepada perkara kebaikan bukanlah mahu mengambil alih kerja Tuhan.

“Jangan salah faham, orang yang menegur bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

“Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran,” jelasnya,

Bagaimanapun, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, menjelaskan bahawa video pendek tersebut sebenarnya telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya.
Memetik laporan Mstar, teguran yang diberikan oleh Ustazah Asma’ Harun dan Asmak Husin sebelum ini juga diterima dengan hati yang terbuka dan berharap orang ramai berhenti melaga-lagakan mereka denagn isu kontroversi tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Sep 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Trending Mon, 6 Aug 2018

Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam, Akhirnya Fatin Pergi Jua…

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafa

Trending Sun, 16 Jun 2019

Jambatan Angkat Atau ‘Drawbridge’ Di Tutup Semula

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat

Featured Thu, 21 Jul 2022

Bersara Dari Dunia Hiburan & Berhijrah Ke Luar Negara, Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera US?

Sarah ceburi bidang baru di Amerika Syarikat 😊 Fuhh, patutlah nampak sado betul sekarang 💪🏻💪🏻 Apapun, semoga ini yang terbaik untuknya

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Keluar Zon Selesa! Allan Andersn Tampil Dengan Single Senafas, Nyanyi Karya Ciptaan Farouk Roman

Allan Andersn teruja dapat bekerjasama dengan Raja OST Malaysia, Farouk Roman dalam naskhah ‘Senafas’.

error: Content is protected !!