Trending By: Syamir Shafie November 21, 2023 @ 9:46pm

Bukan Sekadar Guna Populariti, Rasanya Memang Sedap! Jualan Karipap & Cucur Badak MUA Bellaz Laku Keras

Usahawan dan personaliti media sosial MUA Bellaz meluahkan rasa syukur kerana kuih karipap dan cucur badak yang dijual di Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini mendapat sambutan hangat.

Bellaz mendedahkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli kuih air tangannya itu.

Bahkan, dia turut mengakui bahawa kuihnya itu mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Menyangkal dakwaan menggunakan populariti untuk melariskan jualan, karipap dan cucur badak yang dibuat sendiri sememangnya sedap dan harganya juga berbaloi.

Memetik laporan Nona, Bellaz turut menjual produk lain seperti barang kosmetik, Cheesekut, dadih dan banyak lagi.

Anak kelahiran Kedah itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Bellaz nak bagitau siapa yang dah beli Karipap Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.

“Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Bellaz juga beruntung kerana dibantu oleh suami tercinta yang bersama-sama turun ke dapur membuat kuih.

Bellaz yang terkenal dengan kepetahan bercakap itu tidak lokek untuk berkongsi resipi menerusi siaran langsung (live) di laman media sosial miliknya.

Sumber : Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Jun 2022

“Sayunya Hati Tengok…” – Mira Filzah Beri Kesedaran Tentang Virus RSV

Mira Filzah berpesan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa untuk menjaga kebersihan demi kesihatan bayi.

Trending Tue, 29 Dec 2020
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Mon, 6 Aug 2018

失智母53岁忘了家人 歌手儿抱她唱自创曲「只有音乐能逗她笑」

来自美国乡村歌手Jay Allen于7月杪演出时,邀请了罹患阿兹海默症(或称痴呆症)的母亲聆听他亲自为母亲所写的歌曲《Blank Stares》;两人当时在台上紧靠彼此,Jay演唱的画面被粉丝录下,感动许多网友。

Trending Wed, 13 Jan 2021
Featured Fri, 13 Jan 2023