Categories: Trending

Cinta Sampai Syurga, Pengantin Rebah Meninggal Ketika Bersanding

Baru-baru ini tular satu kisah berkenaan dengan seorang pengantin perempuan yang meninggal ketika sedang bersanding di atas pelamin.

Menurut Tribun, suaminya yang bernama Ardiwansyah Tato terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya itu telah pergi buat selamanya selepas baru sahaja bergelar suami isteri selama seminggu.

Kedua-dua pasangan tersebut yang dipercayai berasal dari Sulawesi Barat, Indonesia telah diijab kabulkan pada khamis (17/10/2019) lalu.

Kebahagiaan yang dikecapi mereka itu walau bagaimanapun tidak berkekalan lama selepas isterinya yang bernama Nurmadina telah menemui ajal ketika majlis resepsi disebelah pihak lelaki diadakan.

Nurmadina yang masih lengkap mengenakan pakaian pengantin bergaun merah secara tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri.

Semasa kejadian, terdapat beberapa orang termasuk suaminya cuba untuk memberi bantuan kepadanya. Namun, dia masih tidak menyedarkan diri.

Menurut Tribun, Nurmadina pengsan akibat daripada keletihan kerana majlis resepsi tersebut.

Susulan daripada itu, Nurmadina telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas beberapa hari tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma, Nurmadina telah disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober 2019.

Menurut Tribun, sebelum bernikah lagi Nurmadina dikatakan sering sakit.

Majlis pengkebumian jenazah Nurmadina itu dibanjiri telah dibanjiri dengan tangisan oleh kenalan rapat serta keluarga Nurmadina.

Ardiwansyah Tato yang baru sahaja genap seminggu berumah tangga dilihat sangat terkesan dengan tragedi yang menimpa dirinya itu.

Ardiwansyah Tato dilihat menangis tersedu-sedu di kubur isterinya itu sehinggakan orang ramai yang berada di sekitar terpaksa menenangkannya.

Sumber: Tribunstyle.com

SGMS Enal