Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

“Dengan kemenangan membawakan watak jahat, saya tidak kisah teruskan bawa karakter begini,” kata pelakon Datuk Fizz Fairuz yang gembira dengan kemenangan menerusi pelakon drama terbaik rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019), malam tadi.

Menurut suami kepada aktres Datin Almy Nadia ini, dia lebih berminat membawakan watak berat yang mampu ‘menangkap’ hati penonton.

“Saya gemar watak yang tidak dibuat-buat misalnya yang membuatkan penonton sakit hati.

“Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu lelaki baik manakala satu lagi watak jahat. Cabaran memang besar sekali. 

“Mungkin sudah sampai rezeki saya untuk mendapat anugerah ini kerana sebelum ini saya pernah putus asa. Sebelum ini saya sering ditawarkan skrip yang tidak menepati citarasa. Alhamdulillah rezeki saya tahun ini,” katanya kepada Xtra.

Menerusi drama Kamar Kamariah, Fizz mengaku melalui pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

“Kami menjalani penggambaran di bulan Ramadan. Bayangkan hampir kesemua babak memang heavy

“Istimewanya drama ini, semangat pasukan di antara pelakon dan krew drama ini memang terbaik,” katanya.

SGMS Faida