Categories: Trending

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor, berkata remaja lelaki berusia 17 hingga 18 tahun itu disedari hilang kira-kira jam 2.30 petang oleh warden sekolah terbabit, ketika mengambil rekod kehadiran pelajar.
“Saksi mendakwa, sebelum kejadian ketiga-tiga mereka dilihat menyapu sampah dan menolong membersihkan kawasan di tepi pagar dewan semasa program itu berlangsung,” katanya.
Noorzainy berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kerosakan dekat pagar di tepi dewan sekolah itu yang ditutup dengan zink, dipercayai menjadi laluan keluar tiga penghuni berkenaan untuk meloloskan diri.
“Selain itu, kita tidak menolak kemungkinan bahawa ketiga-tiga remaja itu mempunyai kaitan dengan satu kes kecurian motosikal di kawasan Teluk Air Tawar berdekatan sekolah berkenaan yang dilaporkan hilang pada hari sama selepas mereka meloloskan diri,” katanya. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 71 Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Bernama
SGMS Putri