Trending By: Salma Syahbuddin July 8, 2021 @ 5:39pm

“Dulu Tak Ada Covid, Jadi Mana Ada Orang Kibar Bendera Putih Minta Makanan…” Bonda Aliff Syukri ‘Tegur’ DSV

Berikutan kenyataan yang dikongsikan oleh Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Vida berkenaan kempen kibarkan #BenderaPutih baru-baru ini ternyata menimbulkan rasa ‘kurang’ senang buat segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila Vida menyifatkan mereka yang mengangkat #BenderaPutih itu sebagai kurang berusaha dan malas.

Namun, isu ini tidak terhenti disini apabila Pengasas Produk Sendayu Tinggi yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim tampil menegur tindakan Vida yang dianggap tidak berasas apabila rakyat pada ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai tekanan hidup.

Perkara tersebut juga turut dimuat naik menerusi satu hantaran dilaman Instagram miliknya.

Menurut Rozita yang lebih mesra dengan panggilan Bonda ini, isu rakyat malas untuk berusaha bukan perkara utama memandangkan negara kini sedang berdepan dengan krisis Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat malas kerja.. Kalau dulu takda Covid mana ada org kebar bendera putih nak minta makanan!”

“Banyak lagi pemalas jahat, penipu besar, tak pakai bendera putih pun, apalagi mencuri malah yang lebih jahat dan menakutkan dan dibenci oleh negara” 

Bonda yang pernah melalui kehidupan sukar dan terpaksa membesarkan anak-anak mengakui bukan lah sifat orang yang susah dan kurang berkemampuan itu dengan meminta-minta.

Malah, ayat ‘malas’ yang digunakan Vida itu sangat tidak sesuai dengan kondisi rakyat sekarang ini.

“Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dlm situasi Covid-19. Dan, bukan semua orang miskin itu sifatnya meminta-minta.   Ayat  malas tidak sesuai digunakan dalam rakyat yang tengah stress”

Tambahnya lagi, seluruh rakyat sudah cukup tertekan pada ketika ini dan rakyat Malaysia kini dalam usaha memberi sumbangan dan sama-sama menghulurkan bantuan.

“Semua orang nak kerja, tak harap duit kerajaan. Kita nak kehidupan bebas dulu dan kita semua dah berusaha macam-macam. Kalau dah kawat besi dan  saman sana sini dengan viral langgar SOP lagi. Sedangkan anak di rumah lapar itu merupakan tekanan besar pada kami, belum lagi fikir soal sakit, risau, rindu mak ayah yang tua di kampung” tulisnya.

Terbaharu, terdapat satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai @AkeemSharyzal menunjukkan Vida menjawab persoalan seorang individu yang menyuarakan pendapat beliau kononnya tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022
Trending Mon, 17 Aug 2020
Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Trending Mon, 14 Jan 2019

Ketiadaan Meghan pada ulang tahun kelahiran Kate, jadi tanda tanya!

Kate dikatakan tergugat dengan kehadiran Meghan

Hiburan Wed, 7 Feb 2024