Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 7, 2024 @ 3:41pm

Ibu Kandung Musa Dakwa Kenyataan Noh Salleh Tidak Benar – “Dia Suruh Saya Block Mizz Nina”

Ibu kandung kepada Musa yang mahu dikenali sebagai Athira mengakui kecewa dengan kenyataan penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berhubung hak penjagaan anak tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Athira mendakwa dia tidak memberi keizinan kepada Noh mengambil Musa semasa dia di bawah penjagaan Mizz Nina sebaliknya telah dimanipulasi.

“Ketika dia (Noh) minta saya menandatangani ‘Statutory Declaration’ (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Mizz Nina ke luar negara dirinya dapat menjaga Musa.

“Jadi, saya fikir Mizz Nina sibuk dengan kerja, saya izinkan Noh jaga Musa buat sementara.

“Disebabkan itu, saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain atau Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya, saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, jadi SD itu tak sah.

“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi, bila saya dengar kenyataan diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang Noh cakap semuanya tak betul,” dakwanya.

Menurutnya, dia hanya menyerahkan hak penjagaan Musa kepada Mizz Nina seorang sahaja sejak awal lagi.

“Ya saya tandatangi surat penyerahan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sejak awal lagi. Mizz Nina adalah penjaga Musa yang sah,” ujarnya.

Sementara itu, Athira mendakwa Noh sudah lama merancang dengan pengasuh Musa, bagaimanapun dia tidak tahu menahu tentang perancangan pengambilan Musa pada 19 Disember tahun lalu.

“Saya mula pelik apabila dia (Noh) menyuruh saya sekat nombor telefon Mizz Nina.

“Jadi, niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini.

“Berhubung gambar Musa dimuat naik dalam laman sosial, dia (Noh) tahu kami sudah berjanji tidak mendedahkan wajahnya.

“Mizz Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.

“Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Mizz Nina sebagai pempengaruh,” dakwanya.

Athira juga kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia meminta Noh buat permintaan maaf secara terbuka.

“Saya geram dan merasakan diri seakan dipergunakan. Sekarang mangsanya adalah saya.
“Noh seolah-olah berdendam dengan saya apabila berbuat demikian. Kalau betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya,” dakwanya.

Mengulas tentang dakwaan netizen dirinya dibayar oleh Mizz Nina, dia menegaskan tiada unsur rasuah yang berlaku sebaliknya dia hanya mahu memberitahu kebenaran.

Malah, Athira turut memohon Noh bercakap perkara benar dan menjernihkan keadaan.
“Tidak, saya tidak dibayar. Saya hanya mahu Noh beritahu perkara yang betul.

“Dari apa yang dirancang sampai apa yang berlaku. Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Semalam, Noh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh mengambil Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Katanya, kejadian berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas berada ke luar negara atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Lepas Bangun Tidur, Dia Akan Cari Mak Dia”- Ridzokumura Kongsi Perkembangan Anak Selepas Pemergian Isteri

Namun, ada ketikanya Sky juga akan tercari-cari arwah ibunya terutama sekali jika dia bangun dari tidur.

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

《PRODUCE KOL练习生》海选圆满落幕!100位练习生正式诞生

《PRODUCE KOL练习生》海选终极站圆满落幕,100位练习生「C位争夺战」11月正式开展!

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

“I Ate Cup Noodles for a Year…” – Nam Joo Hyuk Shares Difficult Past

It’s shocking that this prince-like man went through such hardship.

Hiburan Thu, 12 Oct 2023

Adam Lee, Sweet Qismina Saling Mempercayai… Tidak Risau Diganggu Penyondol

Adam jangan buat hal tau! Semoga kekal ke Jannah ❤️😍

Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Trending Tue, 9 Nov 2021

Jom Hantar Barang Dengan J&T, Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada […]

error: Content is protected !!