Categories: FeaturedTrending

Elak Langgar SOP Rumah Terbuka, Pihak Polis Adakan Pemeriksaan Di Rumah Sempena Aidilfitri

Seperti Aidilfitri tahun lalu, pihak polis akan membuat pemeriksaan di beberapa rumah untuk mengelakkan ketidakpatuhan SOP.

Difahamkan, pihak polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah untuk memeriksa surat kebenaran rentas negeri.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, kerana masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk meloloskan diri ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya.

“Kita sedang membuat persiapan untuk perayaan, seperti perayaan tahu lalu kita akan menggunakan strategi sama dengan membuat pemeriksaan di rumah yang kita lihat ada banyak sangat kereta untuk memeriksa sama ada ada atau tidak surat kebenaran untuk balik dan sebagainya.

“Kadang-kadang bukan hanya kerana surat rentas negeri dan sebagainya tetapi mereka ini sudah semakin pandai, ..apabila cuaca hujan lebat, ribut adakalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan dan berlindung di pondok maka semasa itulah mereka ambil kesempatan untuk rentas negeri,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”