Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti.

Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari ini ramai yang mengaku dirinya bertuhan, namun menjadi persoalan apabila berlaku pertembungan antara keinginan duniawi dan cinta terhadapNya.

Menurut Hafiz Autotune Band, single Bukti menggunakan pendekatan yang lebih berterus-terang dalam menyampaikan persoalan pokok lagu terbaru mereka.

“Kami cuba untuk mengelakkan penggunaan lirik yang ada double meaning. Dalam persoalan tauhid, ia perlu disampaikan dengan bahasa yang jelas agar tiada salah faham yang timbul di kalangan pendengar.

“Insya Allah anak muda hari ini akan lebih mudah faham mesej di dalam lirik lagu yang tidak terlalu kompleks
laras bahasanya.

Terdahulu, Autotune Band pernah berkerjasama dengan pendakwah muda, Iddin Ramli menerusi lagu Jauh.
Kini mereka berkolaborasi bersama duo yang kian meningkat naik di dalam industri nasyid, The Truth yang dianggotai Naufal Isa dan Irwan Fariz.

Klip video rasmi BUKTI nyanyian gandingan Autotune Band dan duo The Truth itu kini sedia ditonton di saluran
rasmi YouTube Tarbiah Sentap serta semua platform digital termasuk Joox, Apple Music dan Spotify.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”