Trending By: Azyan March 23, 2023 @ 4:23pm

Elegan & Sopan- Koleksi Terhad 2023 H&M Ni Sesuai Untuk Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba!

Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Paling tidak sebulan sekali nak juga berbelanja untuk diri sendiri betul tak? Lagi-lagi bila tiba musim berpuasa dan raya.

Bila nak ramadan ni, ramai yang tukar wardrobe dan  lebih memilih untuk berpakaian lebih sopan dan juga fokus untuk beribadah.  Time-time ni juga memang banyak koleksi cantik-cantik dikeluarkan oleh butik-butik, betul tak?

Tidak terkecuali jenama pakaian terkemuka dunia H&M yang telah melancarkan koleksi terhad 2023 khusus buat si pemakai tampak lebih elegan, sopan dan puasa ready!

Keyakinan akan lebih terserlah dengan helaian dari H&M ni!

Selalu min dengar orang cakap sukar untuk tampil sopan dan bergaya pada masa yang sama. Sebenarnya tidak tau! H&M bantu korang untuk terlihat lebih stylish dalam pada masa yang sama lebih sopan dan ayu gitu. 

Kerana helaian H&M menerusi koleksi kali ini bakal buat korang terlihat anggun serta sofistikated.

Hadir dengan potongan feminin dan kontemporari, koleksi ini juga pastinya bakal menyerlahkan lagi keyakinan dalam diri korang.

Tersedia dengan pelbagai pilihan helaian sopan termasuk kaftan & shirt dress

Satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan koleksi ini adalah ‘kepelbagaian’ daripada jenis fabrik, warna dan siluet semuanya dihasilkan dengan penuh teliti demi keselesaan si pemakai.

Haa.. Selesa tu penting tau, lagi-lagi buat korang yang sentiasa sibuk dengan urusan harian. Bila pakai persalinan yang selesa ia secara tak langsung akan jadikan korang lebih happy dan bersemangat untuk teruskan aktiviti korang.

Berinspirasikan ‘modern look’ dengan padanan warna neutral bersama warna terang dan ceria. Korang tinggal pilih sama ada lebih selesa menggayakan shirt dress, blaus kasual atau kaftan.

Kalau ambil semuanya pun tak salah rasanya sebab koleksi ramadan H&M 2023 bukan sahaja sesuai digayakan pada bulan puasa tetapi cukup stylish untuk disarungkan pada hari raya juga! Love!

Koleksi ramadan H&M 2023 boleh didapati di rangkaian stor H&M terpilih atau boleh dipesan secara atas talian melalui laman web rasmi mereka di SINI.

Selamat shopping!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jun 2018

Isteri Dato’ Seri Aliff Syukri Selamat Melahirkan Anak Keempat. Tahniah H&H Ucapkan!

Shahida melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Trending Tue, 27 Oct 2020
Featured Tue, 19 Jul 2022
Trending Sat, 13 Feb 2021

“Sebelum Ni Kan Selalu Happy Je” – Kaka Azraff Throwback Kenangan Putus Cinta Gara-Gara…

Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengimbas kenangan pahit sewaktu bercinta untuk menjiwai lagu duet terbarunya yang berjudul Karma. Gabungan Kaka bersama bintang Brunei yang popular di Indonesia, Jaz kian mendapat perhatian ramai kerana lagu itu

Trending Fri, 28 Jun 2019

女性爱闻男友体味!研究:有益健康

加拿大研究显示,喜欢闻另一半身上的味道,或许是一种减压的方式,对身心灵还满健康的。

| Live TV