Categories: Trending

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Kita semua tahu bahawa, pelajar-pelajar tingkatan 5 sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada 13 Disember nanti. Good luck pada semua yang terlibat!

Bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani SPM pada tahun depan, anda mungkin perlu bersiap sedia! Ini kerana, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah merancang untuk mengadakan peperiksaan SPM lebih awal sekitar akhir September atau awal Oktober.

Rancangan ini bertujuan untuk mewujudkan jadual peperiksaan yang lebih fleksibel berdasarkan logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Menurut Dr. Maszlee, mata pelajaran elektif dan bukan teras yang melibatkan kemahiran dan kerja kursus akan terjejas dalam perjadualan baru ini.

“Bagaimanapun, tidak ada perubahan dalam penjadualan subjek teras yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pengajian Islam dan Sejarah,” katanya.

Antara mata pelajaran elektif yang dijangka diawalkan adalah seperti seni, pertukangan, Sains Komputer dan mata pelajaran bukan terasa seperti bahasa Kadazan Dusun dan Iban, Tasawwur Islam dan Muzik.

Selain itu, perancangan ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu mengurangkan tekanan kepada beberapa pelajar yang terpaksa menghadapi tempoh peperiksaan yang lama. Bukan itu saja, langkah ini juga akan mengurangkan beban pengawas yang bertugas.

Bagi penulis, rancangan ini sangat relavan! Ini kerana, penghujung tahun adalah musim tengkujuh dan sekiranya ada beberapa kawasan yang terjejas banjir, pelajar mungkin akan terganggu untuk menduduki peperiksaan.

Sumber: NST

tex_admin