Categories: FeaturedTrending

Gadis ini sanggup suntik 17 kali untuk kelihatan seperti Barbie

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, malah ada yang terlalu taksub sehingga sanggup menghabiskan duit dan melakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik yang diidamkan.

Seorang gadis dari Bulgaria, Andrea Ivanova sanggup melakukan 17 suntikan di bibirnya gara-gara mahu dilihat cantik persis idola kecantikannya, Barbie.

Wajah cantik Andrea sebelum melakukan transformasi pada bibirnya. Kredit foto: Dsgospia.com

Menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia nekad berbuat demikian kerana mahu memiliki bibir paling besar dan seksi di dunia.

Menerusi kenyataannya di Metro UK, penuntut di Sofia University St Kliment Ohridski itu memberitahu apa yang dilakukannya bagai memenuhi impiannya sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

 

“Saya suka dan rasa sangat gembira dengan bibir saya sekarang berbanding dengan sebelum ini. Pada saya, bibir yang besar ini membuatkan saya kelihatan lebih cantik. Malahan, ia adalah aliran kecantikan serta fesyen terkini di Bulgaria,” ujarnya.

Kata Andrea, dia mengunjungi banyak klinik estetik di sekitar bandarnya yang menawarkan pelbagai prosedur kosmetik. Kongsi Andrea lagi, dia menghabiskan kira-kira £135 setiap kali melakukan rawatan untuk suntikan pada bibirnya.

Kredit foto: Instagram Andrea

“Saya seorang yang berfikiran luas dan saya rasa setiap orang bebas untuk memilih, yang mana bagi mereka adalah besar, lebih besar atau terlalu besar. Tiada batasan untuk saya.”

Andrea melakukan transformasi tersebut sejak tahun lalu dan akan melakukan sekurang-kurangnya dua lagi suntikan di bibir menjelang tahun 2020.

 

Ad Ops